Monday, February 9, 2009

Mukmin sejati tidak sesal keadaan diri

AL-QURAN dan hadis banyak mengungkapkan sifat orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Antaranya ialah:

Mempunyai iman teguh, cita-cita luhur yang sentiasa mengerjakan kebajikan, selalu dalam perjuangan, tidak melakukan kejahatan, sabar menunjukkan peribadi yang baik.

Apabila ditimpa musibah dia sabar. Jika dapat nikmat dia bersyukur. Dalam hidupnya sentiasa terbayang kedamaian.

Firman Allah, maksudnya: “sesiapa yang melakukan perbuatan-perbuatan yang baik, baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan dia beriman, nescaya Kami beri kepadanya kehidupan yang baik (Thayyibah) dan kami berikan kepadanya balasan (pahala) yang lebih baik daripada kebaikan yang mereka kerjakan.”- (surah an-Nahli, ayat 97).

Kehidupan ‘Thayyibah’ mencakupi segala bentuk kenikmatan baik bersifat jasmaniah mahupun rohanian baik dalam kehidupan di dunia ini atau akhirat.

Sentiasa berbuat baik untuk dirinya sendiri mahupun terhadap orang lain. Islam melarng melakukan kerosakan, baik terhdap peribadi mahupun masyarakat umpama berzina, berjudi dan minum minuman keras. Orang yang lemah imannya tidak mampu mengendalikan diri terhadap larangan itu walaupun sedar akibatnya.

Mukmin yang kuat imannya sentiasa menghindarkan perbuatan yang merugikan terhadap dirinya dan orang lain.

Orang mukmin hanya meminta pertolongan daripada Allah. Dalam menghadapi sesuatu kesulitan, orang yang lemah imannya selalu gelisah. Dia mencari pertolongan kepada sesipa saja yang dianggapnya dapat meringankan kesulitan yang dideritainya itu walaupun pertolongan itu hanya bersifat sementara.

Mukmin yang sejati hanya meminta pertolongan daripada Allah. Dia memohon terus kepada Allah, tanpa ada perantaraan orang lain.

Mukmin sejati tidak bersikap lemah samaada fizikal atau tubuh badan. Rohaniah dan semangatnya kental dan tidak dipatahkan sekalipun jiwanya terancam dan terkorban.

Orang yang beriman mempunyai pengharapan dan tidak mudah menyerah kalah. Dia percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan diberi pahala dan ini memberi semangat kepadanya untuk berusaha.

Mukmin sejati tidak menyesali dengan keadaan dirnya. Manusia akan menghadapi keadaan suka duka serta senang susah. Pada waktu kesusahan, janganlah mengeluh menyesali keadaan. Pada saat menghadapi kekecewaan, katakanlah kedapa diri sendiri: “Ini adalah takdir Allah bagiku. Aku sudah berusaha berjuang, tetapi belum berhasil. Saya akan mencuba lagi, bangkit sesudah jatuh dan akan bangkit lagi sehingga mendapat kejayaan yang cemerlang.”

2 comments:

atiqprincess said...

doala semoga kte tergolong dikalangan org2 mukmin;-D

LoVeHoLiC said...

semoga kite sebagai mukmin sejati akn tetapkn keimann dlm diri kite..amin

my friends