Monday, February 9, 2009

cerita pelik...jubah berpasangan dengan seluar jeans

Adakah anda pernah lihat orang pakai jubah dan di dalamnya seluar jeans? Tidak hairahkah anda apabila melihat orang pakai jubah dan digabungkan dengan seluar jeans? Adakah anda tidak percaya kombinasi ini wujud di USIM? Ia merupakan sesuatu yang pelik kerana menggabungkan dua budaya menjadi satu, iaitu budaya barat dan islamik atau kombinasi antara irama Malaysia dan pop rock.

Kebiasaannya, orang yang memakai jubah ini dapat dihuraikan di sini sebagai seorang yang perwatakan lemah lembut, alim, wara’ dan beragama. Manakala orang yang memakai jeans pula boleh dikatakan sebagai seorang yang lincah dan simple. Dua gabungan ini adalah bertentangan dengan budaya timur.

Menurut sahabat saya, pemakaian seperti itu adalah tidak sesuai untuk digayakan di universiti terutamanya di universiti Islam. Lebih-lebih lagi apabila pakai jubah dan seluar jeans yang dipakainya juga turut terkeluar. tidak eloklah bila kita tengok macam itu kan? Di samping itu dia juga tidak menunjukkan sifat sebenar seseorang itu.

Itulah hendak dikatakan peliknya masyarakat kita sekarang ini main ikut suka saje, kalau boleh jangan mencampur adukkan hal begini walaupun sekadar pakaian.

Sehari bersama…

Assalamualaikum kawan-kawan semua selamat datang ke blog saya…bertemu kembali, di sini saya nak cerita sikit pasal pengalaman saya masa cuti raya cina baru-baru ini, sebelum cuti hari tu saya dan seorang sahabat saya telah membuat satu permohonan untuk menjalankan tugasan on-field-assignment bersama wartawan (ikut wartawan buat kerja selama satu hari sebagai satu tugasan

koleksi gambar semasa sehari bersama wartawan

subjek News Writing and feature Writing, Alhamdulillah permohonan kami diterima, terima kasih kami ucapkan kepada Encik Jalil kerana memberi peluang kepada kami mengenali dengan lebih dekat tentang kerjaya kewartawanan sebenar.

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua tugasan ini merupakan sebahagian daripada syarat lulus bagi subjek ini.

Sebelum ni aku tidak pernah terfikir pun hendak jadi wartawan atau hendak mengetahui tentang dunia kewartawanan ni, oleh kerana aku ambil kursus Bahasa Arab dan Komunikasi jadi aku berpeluang jugalah mengenali dunia kewartawanan ini.

Pada hari khamis 15 jan 09 kami telah membuat temu janji dengan ketua wartawan Sinar Harian cawangan kelantan Cik Raitini untuk meneruskan tugasan kami ini. Seawal 8.00 pagi lagi saya bertolak dari rumah ke pejabat Sinar almaklumlah tidak tahu jalan, jadi terpaksalah bertolak lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga dari makan “buah langsat free”…hehe, maksud saya sesat la. Walaupun, saya tidak sesat tapi lewat juga la saya sampai di sana dari masa yang dijanjikan, tapi mujurlah ketua wartawan itu lewat juga..huhu.


Setibanya ketua wartawan yang kami nanti-nantikan itu, pada mulanya dia terkejut tengok kami, dia ingat dua orang saje rupa-rupanya empat orang, dua orang tu sahabat saya juga tapi kumpulan lain , satu kumpulan dua orang. Ketua wartawan itu ajak kami masuk bilik mesyuarat sebelum kami diberi seorang wartawan untuk kami ikut. Sebelum meneruskan perbincangan dengan lebih lanjut kami disuruh memperkenalkan diri masing-masing, lepas itu wartawan pula memperkenalkan diri mereka.
kenanngan bersam ketua wartawan Sinar Harian

Selepas sesi sua kenal kami tengok wartawan (mentor kami) buat berita, bukan senang la nak buat berita ni silap-silap hari bulan kena marah dengan editor, jadi sebelum hantar kat editor kena lah cek betul-betul.

Selepas wartawan kami siap buat berita, kami keluar bersama-sama untuk cover berita. Wartawan kami ni baik tau orangnya siap belanja kami makan lagi, tapi yang terkilannya kami tak ingat nak ucap terima kasih kat dia, tak patut kami buat lupa macam itu. Walaubagaimana pun di sini kami nak ucap terima kasih banyak-banyaklah kat kak hazelin sebab belanja kami makan dan layan kami macam adik sendiri…maaf kak sebab tak ucap terima kasih hari tu..opss tak lupa juga terima kasih kami ucapkan
kenangan semasa di pejabat Sinar Harian
kepada ketua wartawan Cik Raitini kerana layan kami dengan baik, siap promote suruh kami buat praktikal dekat sana lagi, tapi sayang kursus yang kami ambil adalah major bahasa Arab jadi kena praktikal apa yang ada kaitan dengan bahasa Arab jah la.. : (

Insyaallah cerita ini akan disambung semula, maaf atas kesulitan…

geramnya...

Eeeee….tensionnya aku buat blog ni, lembab betul la internet ni, hampir 5 jam aku duduk dekat cyber café tapi ape-ape pun aku tidak dapat lagi, kenapa lah universiti aku ni tak sediakan wireless dekat asrama macam universsiti lain baru la senang hendak buat kerja, bila-bila masa pun boleh buat, terutamanya kerja yang melibatkan online ni..bazir masa la duk tunggu internet ni…yang aku paling geramnya masa aku upload gambar masa tu tinggal satu aje lagi gambar sedang diloading untuk buat slideshow…sementara menunggu proses loading tu aku buka la blog kwn aku, tujuan aku nak komen blog dia tp tiba-tiba jem pla hiiii…. Sakitnya aku rasa masa 2, rasa macam nk menjerit je, nasib baik la hati aku kata sabar-sabar, “sabar itu separuh daripada iman” (“,), sehinggalah aku pulang dengan sia-sia, ruginya masa aku bazir dengan begitu saja…banyak lagi k’ja lain yang tergendala ni…aku sebenarnya bukan marah kerana kena wat blog ni cuma aku rasa nak marah kat internet ni lembab sangat, lembab tapi casnya mahal. Namun demi untuk menyiapkan blog ini aku terpaksa korbankan masa, wang dan tenaga. Sampai nak munth aku wat bnda ni…sakit mta mengadap kmptr ni tau. Dahlah malas dah aku nak membebel, saje je aku tulis ni nak lepaskan tension katakan..

Mukmin sejati tidak sesal keadaan diri

AL-QURAN dan hadis banyak mengungkapkan sifat orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Antaranya ialah:

Mempunyai iman teguh, cita-cita luhur yang sentiasa mengerjakan kebajikan, selalu dalam perjuangan, tidak melakukan kejahatan, sabar menunjukkan peribadi yang baik.

Apabila ditimpa musibah dia sabar. Jika dapat nikmat dia bersyukur. Dalam hidupnya sentiasa terbayang kedamaian.

Firman Allah, maksudnya: “sesiapa yang melakukan perbuatan-perbuatan yang baik, baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan dia beriman, nescaya Kami beri kepadanya kehidupan yang baik (Thayyibah) dan kami berikan kepadanya balasan (pahala) yang lebih baik daripada kebaikan yang mereka kerjakan.”- (surah an-Nahli, ayat 97).

Kehidupan ‘Thayyibah’ mencakupi segala bentuk kenikmatan baik bersifat jasmaniah mahupun rohanian baik dalam kehidupan di dunia ini atau akhirat.

Sentiasa berbuat baik untuk dirinya sendiri mahupun terhadap orang lain. Islam melarng melakukan kerosakan, baik terhdap peribadi mahupun masyarakat umpama berzina, berjudi dan minum minuman keras. Orang yang lemah imannya tidak mampu mengendalikan diri terhadap larangan itu walaupun sedar akibatnya.

Mukmin yang kuat imannya sentiasa menghindarkan perbuatan yang merugikan terhadap dirinya dan orang lain.

Orang mukmin hanya meminta pertolongan daripada Allah. Dalam menghadapi sesuatu kesulitan, orang yang lemah imannya selalu gelisah. Dia mencari pertolongan kepada sesipa saja yang dianggapnya dapat meringankan kesulitan yang dideritainya itu walaupun pertolongan itu hanya bersifat sementara.

Mukmin yang sejati hanya meminta pertolongan daripada Allah. Dia memohon terus kepada Allah, tanpa ada perantaraan orang lain.

Mukmin sejati tidak bersikap lemah samaada fizikal atau tubuh badan. Rohaniah dan semangatnya kental dan tidak dipatahkan sekalipun jiwanya terancam dan terkorban.

Orang yang beriman mempunyai pengharapan dan tidak mudah menyerah kalah. Dia percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan diberi pahala dan ini memberi semangat kepadanya untuk berusaha.

Mukmin sejati tidak menyesali dengan keadaan dirnya. Manusia akan menghadapi keadaan suka duka serta senang susah. Pada waktu kesusahan, janganlah mengeluh menyesali keadaan. Pada saat menghadapi kekecewaan, katakanlah kedapa diri sendiri: “Ini adalah takdir Allah bagiku. Aku sudah berusaha berjuang, tetapi belum berhasil. Saya akan mencuba lagi, bangkit sesudah jatuh dan akan bangkit lagi sehingga mendapat kejayaan yang cemerlang.”

keresahan hati berpunca dari keimanan yang rapuh

PUNCA-PUNCA kesedihan - jika ada satu alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan iman, tentulah alat itu adalah ‘hati’. Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia. Seseorang yang suka menyentuh hatinya dan merawat dengan baik akan semakin mengenali dirinya sendiri.

Jika gelisah, sedih dan putus asa menguasai diri, dia akan bertanya kepada hati apakah sebabnya? Kemudian ilmu diperlukan untuk menjawab soalan, akal diguna sambil hati memandu cuba merungkai penyebab kesedihan itu. Akhirnya ditemukan jawapan punca kesedihan, kemurungan, gelisah dan tekanan pada diri manusia iaitu;

1. Suka membuang masa. Hiburan dan permainan boleh merehatkan hati dan menjadikannya lebih bertenaga, tetapi apabila terlalu berlebihan ia boleh membunuh. Orang mukmin membahagikan masanya kepada tiga bahagian, iaitu:

Pertama untuk Allah SWT, kedua untuk dirinya sendiri yang meliputi fikiran, perasaan dan tubuh badannya dan ketiga untuk keluarga dan umatnya. Sikap membuang masa biasanya dipengaruhi oleh persekitaran. Manusia akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengar daripada pergaulan. Berkawan rapat dengan orang yang suka membaca boleh mempengaruhi minat kita kepada buku, begitu juga bila suka iktikaf di masjid mendengarkan syarahan agama akan menjadikan kita dekat dengan ilmu.

Kita sentiasa berhadapan dengan dua pilihan dalam hidup ini, jalan baik atau yang buruk. Kawan yang jahil atau soleh, situasi mengingatkan kita pada Allah atau melupakannya. Membuang masa menyebabkan kemalasan yang berakhir dengan kegagalan, sedih dan tertekan. Seorang mukmin yang benar imannya sentiasa berada dalam situasi jihad iaitu bersungguh-sungguh mengisi masanya dengan perjuangan dan pengorbanan untuk memenangi pertarungan melawan iblis dan syaitan.

2. Kesedihan juga berpunca daripada sifat dengki dan mengikut nafsu. Ada orang berasa sedih menyaksikan orang lain yang mengatasi kehebatannya. Lebih berjaya, kaya, berpangkat, cantik dan bergaya. Risau dan tertekan bersarang di hati, ditambah dengan sifat dengki dan dendam yang pasti akan memalapkan cahaya iman.

Ubat bagi kesedihan sebegini adalah dengan melihat siapa yang berada di bawah anda. Bukankah ramai manusia yang tiada apa-apa untuk dimakan pada hari ini? Rumah mereka musnah oleh banjir dan badai, anak dan isteri mereka mati di hadapan mata kerana tembusan peluru, kehancuran bangsa dan negara oleh kekejaman perang. Mengapa perlu bersedih jika kita masih memiliki orang yang tersayang, mengapa risau jika harta kita dilindungi Allah SWT, jika ia berkurangan bukankah selama ini Allah memberi jumlah yang banyak tak terhitung? Semenjak dari rahim ibu lagi rezeki sudah dikurniakan kepada kita. Sudikah kita jika seseorang mahu menukar kedua mata, kaki dan tangan kita dengan wang berjuta? Tentu ia lebih berharga daripada wang. Kenikmatan yang Allah kurniakan itu terlalu banyak, tetapi hanya sedikit manusia yang mahu bersyukur.

3. Kesedihan kerana melupakan Allah. Bagaimanakah keadaan orang yang melupakan Allah? Dalam surah Al-Hasyr ayat 19 Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah. Lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.”

Makna melupakan diri mereka sendiri adalah mereka meninggalkan amal soleh yang boleh menyelamatkan diri mereka di dunia dan akhirat. Orang yang melupakan Allah SWT mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Hari dilalui tanpa ibadat, lupa berzikir, mengabaikan sembahyang, tidak membaca ayat al-Quran, menjauhi ilmu dan meninggalkan amal soleh. Kehidupan dunia menjadikan mereka buta, tidak dapat menjejaki jalan ke akhirat. Keadaan mereka seperti binatang kerana mereka hidup semata-mata untuk makan, minum, tidur, berkahwin dan memuaskan nafsu saja.

Ini sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan jin dan manusia, mereka memiliki hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’raf: 179).

Benarkah orang yang kaya tidak berasa sedih, putus asa dan tertekan? Sebenarnya, ia bergantung kepada sumber hartanya dan untuk apa ia dibelanjakan. Kekayaan yang sebenar adalah kaya hati. Iaitu hati yang sentiasa bergembira kerana iman kepada Allah dan bersyukur serta reda dengan qada dan qadar-Nya.

INFO: Hati sebagai alat kawalan manusia
Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia.

Orang yang merawat hatinya dengan pelbagai amalan dituntut syariah pasti akan mengenali diri.
Hiburan berlebihan, sifat dengki, mengikut nafsu dan lupa kepada kebesaran Allah SWT penyebab kepada ‘kesedihan’ hati.

Mukmin yang hatinya sentiasa menekankan tuntutan syariah akan membahagikan masa untuk Allah SWT, diri sendiri dan untuk keluarga serta umat Islam.

Sunday, February 8, 2009

TeKaNaN SeSuAtU YaNg NoRmAl aTaU SeBaLiKnYa?

TEKANAN… dengar saja perkataan ini terus terasa diri ini terbeban, macam-macam bermain di fikiran yang sukar diselesaikan atau mengambil masa yang panjang untuk dibereskan.

Keadaan akan menjadi lebih buruk jika kita yang tertekan ini tidak dapat mengawal perasaan dan apabila sampai satu peringkat, kita akan bertindak di luar dugaan sebagai jalan meluahkan tekanan itu.

Mungkin tidak ramai yang tahu, sebenarnya tekanan adalah sesuatu yang normal dan tidak boleh dielakkan. Ada ketikanya kita memerlukan sedikit tekanan untuk meningkatkan produktiviti. Sebagai seorang pelajar kita juga memerlukan tekanan untuk bekerja keras menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah, contohnya bila pensyarah suruh hantar assignment masa tu lah akan rasa tertekannya, tapi untuk mendapatkan markah yang tinggi macam orang lain maka terpaksalah gagahi jua sebagaimana kata pepatah “nak seribu daya tak nak seribu dalih”.

Namun apa yang membimbangkan ialah kita yang menghadapi tekanan ini tidak tahu bagaimana cara meluahkannya sebalikya terus memendam sehingga menimbulkan satu gangguan pada fikiran kita.

Mungkin pada sebahagian yang lain, dengan mencurahkan masalah pada rakan, mereka sudah berasa lega tetapi tidak pada sebahagian yang lain yang lebih suka memendam.

Akhir kata antara cara mengatasi tekanan ini adalah dengan mengenal pasti zon selasa kita dan sesuaikan diri dengan perubahan sekeliling bukannya berharap orang lain berubah untuk kita.

Hentikan sikap suka menilai atau membuat tanggapan negatif terhadap diri sendiri ataupun orang lain, berfikirlah secara positif.

Elakkan sikap suka meletakkan harapan terlalu tinggi.

Berterus terang mengaku kekurangan diri atau bercakap tidak boleh jika benar-benar tidak dapat melakukan sesuatu perkara. Jangan berkata boleh hanya untuk mengembirakan orang lain.

“Sabar-sabar fikir dulu sebelum bertindak”

فكر ووزن أولا

Wednesday, February 4, 2009

Tit-tip Penjagaan Rohani

jadilah wanita solehah

1) Jadikan ghaddu besar sebagai hiasan mata nescaya mata anda akan kelihatan bening dan jernih buat selama-lamanya.

2) Oleskan lipstik kejujuran pada bibir nescaya bibir semakin manis dan memikat semua hati orang.

3) Gunakan pemerah pipi dengan kosmetik yang diperbuat dari rasa malu yang boleh didapati secara langsung di salun keimanan nescaya pipi anda akan kelihatan bersih dan suci serta menyenangkan hati semua orang.

4) Gunakan sabun istighfar yang amat mujarab untuk menghilangkan dosa dan kesalahan yang dilakukan nescaya anda lebih berseri, memikat dan menyenangkan hati semua orang.

muslimah sejati

5) Rawatlah rambut anda dengan jibab Islam yang dapat mengelakkan dari pandangan ajnabi nescaya rambut anda akan kelihatan lebih bermaya dan menawan.

6) Hasilkan kedua tangan anda dengan gelang tawadhu’ dan jari-jemari dengan cincin ukhwah nescaya tangan dan jari anda lebih manis dan cantik.

7) Kalungkan leher dengan kalung kesucian nescaya anda akan kelihatan lebih berseri.

8) Bedakilah wajah anda dengan air wudhu’ nescaya wajah anda akan lebih bercahaya dan anggun walaupun anda telah mengembara hingga ke akhirat.

maksud istilah : ghaddul - tunduk/ jaga pandangan, jibab - kain tudung, tawadhu' - rendah diri, ajnabi - pelik, ukhwah - persaudaraan.

“Cubalah semoga berpuas hati dengan hasilnya”

Valentine's Day Hari Register Neraka...



Tanggal 14 Februari telah hampir tinggal hanya 11 hari lagi, ermm… sememangnya hari ini dinantikan oleh pasangan kekasih. Apabila sebut sahaja Valentine’s Day, setiap pasangan kekasih berdebar-debar menanti memori yang akan dicipta. Pelbagai cara dan pemberian yang dilakukan pada Valentine’s Day.
Sebut tentang Valentine’s Day teringat masa sekolah menengah dulu Persatuan Da’wah pernah mengedarkan sekeping risalah megenai hari yang diagung-agungkan ini kepada semua pelajar untuk mengelak dari berlaku anasir-anasir yang tidak diingini di kalangan pelajar yang berpendidikan agama macam aku ni..he3. Sebelum risalah itu diedarkan aku tidak tahu pun apa itu Valentine’s Day…aaah tak pelah itu dulu tapi sekarang aku sudah mengerti apa itu…
Berbalik @ Bercakap mengenai Hari Valentine ini, pernahkah kita terfikir tentang asal-usulnya? Adakah wajar hari itu disambut oleh kita sebagai ummat Islam? Adakah kita hanya taqlid semata-mata, tidak mempunyai sifat ingin tahu mengenai sejarah ini?
Tahukah kita! Hari Valentine ini sebenarnya berasal dari Sepanyol dan mempunyai hubung kait antara sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. “Valentine” sebenarnya berasal dari seorang paderi kristian pada zaman pemerintahan Rom. Sejarahnya bermula dari seorang pejuang kristian yang melakukan kesalahan kerana enggan menyembah tuhan-tuhan mereka yang besar pada masa itu. Natijahnya, dia ditangkap dan disumbat ke dalam penjara. Berita penahanannya telah tersbar di kebanyakan tempat. Berikutan peristiwa itu, kanak-kanak dan remaja menghantar surat melalui tirai besi sebagai simpati dan dorongan. Bermula titik tolak peristiwa ini, hari valentine disambut bagi memperingat kekasih dan orang yang disayangi. Tetapi tidak diketahui bahawa motif sebenar hari valentine ini diadakan khas sempena memperingati seorang paderi yang telah banyak berjasa kepada agama kristian. Sememangnya amalan ini sangat bercanggah dengan Syariat Islam. Sesungguhnya hari tersebut merupakan salah satu cara untuk melekakan umat Islam.
Allah berfirman maksudnya “tidak akan rela orang Yahudi dan Nasrani kepada engkau (Muhammad) kecuali engkau mengikuti ajaran mereka”.
Wahai ummat Islam! Sambutan hari valentine ini dari ajaran kristian, bukan dari ajaran Islam. Sedangkan Rasulullah S.A.W melarang keras ummatnya mengikuti ajaran Yahudi walaupun dalam hal keduniaan seperti mana sabda baginda bermaksud “ berbezalah kalian dengan Yahudi, dan barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia sebahagian dari kaum itu”
Sedarlah wahai muslimin dan muslimat sekalian, masih banyak hari-hari yang boleh diraikan dalam Islam, adakah ianya tidak mencukupi? Kenapa perlu dipilih 14 Februari? Beginikah remaja zaman kini…remaja yang bergelar muslim. Lebih malang lagi, kebanyakan mereka yang turut merayakan hari valentine sebahagian besarnya adalah dari pelajar agama. Dimanakah ilmu yang dipelajari selama ini. Alangkah ceteknya ilmu agama di dada. Beginikah ciri-ciri pejuang Islam? Wahai akhowatku, renungkanlah kembali…renungkanlah…


RENUNGKANLAH….

Coretan ini khas untuk pengetahuan,
Tindakan dan renungan bersama,
Ayuh bersama kita tegakkan
Agama Islam di bumi milik Allah ini.

my friends