Monday, February 9, 2009

cerita pelik...jubah berpasangan dengan seluar jeans

Adakah anda pernah lihat orang pakai jubah dan di dalamnya seluar jeans? Tidak hairahkah anda apabila melihat orang pakai jubah dan digabungkan dengan seluar jeans? Adakah anda tidak percaya kombinasi ini wujud di USIM? Ia merupakan sesuatu yang pelik kerana menggabungkan dua budaya menjadi satu, iaitu budaya barat dan islamik atau kombinasi antara irama Malaysia dan pop rock.

Kebiasaannya, orang yang memakai jubah ini dapat dihuraikan di sini sebagai seorang yang perwatakan lemah lembut, alim, wara’ dan beragama. Manakala orang yang memakai jeans pula boleh dikatakan sebagai seorang yang lincah dan simple. Dua gabungan ini adalah bertentangan dengan budaya timur.

Menurut sahabat saya, pemakaian seperti itu adalah tidak sesuai untuk digayakan di universiti terutamanya di universiti Islam. Lebih-lebih lagi apabila pakai jubah dan seluar jeans yang dipakainya juga turut terkeluar. tidak eloklah bila kita tengok macam itu kan? Di samping itu dia juga tidak menunjukkan sifat sebenar seseorang itu.

Itulah hendak dikatakan peliknya masyarakat kita sekarang ini main ikut suka saje, kalau boleh jangan mencampur adukkan hal begini walaupun sekadar pakaian.

22 comments:

Anonymous said...

xpatut la..mane boleh jubah gabung ngan jeans..jubah kan busana muslimah..nnt keluar jin plak..

i am sabahan said...

ana pun tak setuju dengan pemakaian ni...tapi sekarang ni dah jadi trend tau, memang tak sesuai

aNiEs said...

biasala tue k.mini,, zaman dh berubah...

atiqprincess said...

dh jd trend kt USIM..sape yg stat wt 2?? nati de lak pasni pakai tudung dgn kopiah..

shoutul_ huffaz@yahoo.com said...

macam -macam la...bila di fikirkan, tak sesuai langsung..

LoVeHoLiC said...

sbnrnye budaya pkai jubah n jeans ni student singapore yang slalu pkai like dat..tp kt usim ni mmg rmai yg nk jd singapore celup..haha jgn marah..tp klu kt usim ni better pkai jubah je lah..br nampak manis n ayu..

IBNU TURAB said...

macam makan nasi pakai garpu

FeiCHa... said...

nk get attention sbnrnya org mcm 2..kurang kasih sayanglah katakan...

ANA....... said...

memang tak sesuai langsung,carilah yg sepadan..

Anonymous said...

bukan org Arab memang pakai pakaian macam tu? Mereka pakai jeans kemudian sarung dengan abaya(jubah). Org kat mekah ada rasanya yang pakai mcm tu.

heartshape said...

x jadi masalah pun sebenarnya...janji ia masih dituntut syar'ie kira boleh la ia dilakukan...ia menjadi pelik kerana ketidakbiasaan kita terhadap sesuatu yang baru muncul dengan tiba2...contohnya kita mengamalkan mazhab syafie...tetapi klu mengikut mazhab hambali takbiratulikhram tidak diperlakukan...pasti ia akn menjadi janggal kpd kita bg sesiapa yang xtaw dan baru jew nmpak bende 2..keadaan itu lebih kurang ngan kejadian yg berlaku...jd bbarang siapa yg xtaw 2 adalah lebih baik bertanya kepada yang lebih mengetahui...sesungguhnya ilmu itu berada dimana2 sahaja...sekian wassalam..

.a.z.r.i. said...

pelik ke?
kt mesir nie rse cm bese je =)
xkesa kot asl kn ttup aurat..=)

Anonymous said...

jangan kita melihat pelik tentang sesuatu perkara yg jarang kita lihat.
ramai je yg pkai jubah hitam dgn jeans di dlmnya...selagi aurat masih tertutup dgn sempurna rasanya xsalah mereka begitu kan?

MDHAFiZ.NET said...

Ke-aliman/ warak nya seorang Hamba ALLAH itu bukan diukur melalui pemakainnya. Namun melalui akhlak yg dizahirkan. Saya pun biasa tengok org pakai seluar jeans dgn jubah. Kalau seluar slack pulak mcm mana? kt Arab saudi, Pakistan, India..etc.. mereka pakai jubah dgn seluar slack...
jd x hairan lah jika ada yg pakai seluar jeans dgn jubah.
Walaupun saya sendiri belum pernah mengenakan seluar jeans dgn jubah...wallahualaam..

abaya said...

sy sendiri pakai jubah dengan seluar jeans.. rasenye x jadi masalah.. sbb jubah pun ada macam2 jenis.. cuba lihat yg pakai sluar slack dgn jubah tu pun kadang2 menampakkan garis seluar dalam nya..! pada sy lebih elok sluar jeans tu sbb ia lebih tebal dan selesa untuk bergerak.. tidak semua wanita adalah lemah lembut.. ada yg lasak.. jd x boleh la nk salahkan org yg pakai seluar jeans dgn jubah..

siskahaidan said...

Salam.

Maaf, saya rasakan tak salah untuk ber'jeans' di dalam jubah, as long as muslimah itu menutup aurat, bahkan lebih baik daripada tidak mengenakan seluar panjang di dalam jubah. Sekadar pandangan. :)

Unknown said...

aurat adalah persoalanya...kita jngan menilai atau mmpertikaikan luaran seseorang..bersihkan hati kita.

Anonymous said...

orang arab sume pakai jeans dalam jubah die.tak pelik pon

Anonymous said...

Saya menetap di saudi dah hampir 10 tahun. Rata2 kami memakai jeans di dalam abaya. Alhamdulillah tidak menjadi halangan dan tidak pernah ditahan oleh mutawif asalkan masih bertutup di dalam abaya.

Anonymous said...

tk ade peliknya ,cool lg ade lah ! asal aurat terjaga sudah la

sakinah. said...

--'' saya pernah berpakaian macam tu . asalkan ia longgar sudahlah . ia lebih baik daripada tidak memakai seluar dan membiarkan aurat nampak oleh ajnabi . :) tapi kalau memang tak boleh . terima kasih atas nasihat ^^

BANDARQ said...

Suka uang? Suka game? Mau bonus?
Buruan join ke CrownQQ Agen DominoQQ BandarQ dan Domino99 Online Terbesar
Bonus Rollingan 0.5% setiap senin
Bonus Refferal 20% seumur hidup
Lumayan loh bisa nambah penghasilan ^_^
WHATSAPP : +6287771354805
LINE : CS CROWNQQ

Menyediakan Deposit Pulsa Telkomsel, OVO, DANA, GOPAY, & LINK AJA

Info Lebih lanjut Kunjungi :
CrownQQ
Daftar CrownQQ

BACA JUGA BLOGSPORT KAMI:
CrownQQ
Agen BandarQ
Tips & Trik
Tentang Wanita
Berita dan Info Dunia

my friends