Wednesday, February 4, 2009

Valentine's Day Hari Register Neraka...



Tanggal 14 Februari telah hampir tinggal hanya 11 hari lagi, ermm… sememangnya hari ini dinantikan oleh pasangan kekasih. Apabila sebut sahaja Valentine’s Day, setiap pasangan kekasih berdebar-debar menanti memori yang akan dicipta. Pelbagai cara dan pemberian yang dilakukan pada Valentine’s Day.
Sebut tentang Valentine’s Day teringat masa sekolah menengah dulu Persatuan Da’wah pernah mengedarkan sekeping risalah megenai hari yang diagung-agungkan ini kepada semua pelajar untuk mengelak dari berlaku anasir-anasir yang tidak diingini di kalangan pelajar yang berpendidikan agama macam aku ni..he3. Sebelum risalah itu diedarkan aku tidak tahu pun apa itu Valentine’s Day…aaah tak pelah itu dulu tapi sekarang aku sudah mengerti apa itu…
Berbalik @ Bercakap mengenai Hari Valentine ini, pernahkah kita terfikir tentang asal-usulnya? Adakah wajar hari itu disambut oleh kita sebagai ummat Islam? Adakah kita hanya taqlid semata-mata, tidak mempunyai sifat ingin tahu mengenai sejarah ini?
Tahukah kita! Hari Valentine ini sebenarnya berasal dari Sepanyol dan mempunyai hubung kait antara sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. “Valentine” sebenarnya berasal dari seorang paderi kristian pada zaman pemerintahan Rom. Sejarahnya bermula dari seorang pejuang kristian yang melakukan kesalahan kerana enggan menyembah tuhan-tuhan mereka yang besar pada masa itu. Natijahnya, dia ditangkap dan disumbat ke dalam penjara. Berita penahanannya telah tersbar di kebanyakan tempat. Berikutan peristiwa itu, kanak-kanak dan remaja menghantar surat melalui tirai besi sebagai simpati dan dorongan. Bermula titik tolak peristiwa ini, hari valentine disambut bagi memperingat kekasih dan orang yang disayangi. Tetapi tidak diketahui bahawa motif sebenar hari valentine ini diadakan khas sempena memperingati seorang paderi yang telah banyak berjasa kepada agama kristian. Sememangnya amalan ini sangat bercanggah dengan Syariat Islam. Sesungguhnya hari tersebut merupakan salah satu cara untuk melekakan umat Islam.
Allah berfirman maksudnya “tidak akan rela orang Yahudi dan Nasrani kepada engkau (Muhammad) kecuali engkau mengikuti ajaran mereka”.
Wahai ummat Islam! Sambutan hari valentine ini dari ajaran kristian, bukan dari ajaran Islam. Sedangkan Rasulullah S.A.W melarang keras ummatnya mengikuti ajaran Yahudi walaupun dalam hal keduniaan seperti mana sabda baginda bermaksud “ berbezalah kalian dengan Yahudi, dan barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia sebahagian dari kaum itu”
Sedarlah wahai muslimin dan muslimat sekalian, masih banyak hari-hari yang boleh diraikan dalam Islam, adakah ianya tidak mencukupi? Kenapa perlu dipilih 14 Februari? Beginikah remaja zaman kini…remaja yang bergelar muslim. Lebih malang lagi, kebanyakan mereka yang turut merayakan hari valentine sebahagian besarnya adalah dari pelajar agama. Dimanakah ilmu yang dipelajari selama ini. Alangkah ceteknya ilmu agama di dada. Beginikah ciri-ciri pejuang Islam? Wahai akhowatku, renungkanlah kembali…renungkanlah…


RENUNGKANLAH….

Coretan ini khas untuk pengetahuan,
Tindakan dan renungan bersama,
Ayuh bersama kita tegakkan
Agama Islam di bumi milik Allah ini.

0 comments:

my friends