Assalamualaikum kawan-kawan semua selamat datang ke blog saya…bertemu kembali, di sini saya nak cerita sikit pasal pengalaman saya masa cuti raya cina baru-baru ini, sebelum cuti hari tu saya dan seorang sahabat saya telah membuat satu permohonan untuk menjalankan tugasan on-field-assignment bersama wartawan (ikut wartawan buat kerja selama satu hari sebagai satu tugasan
koleksi gambar semasa sehari bersama wartawan
subjek News Writing and feature Writing, Alhamdulillah permohonan kami diterima, terima kasih kami ucapkan kepada Encik Jalil kerana memberi peluang kepada kami mengenali dengan lebih dekat tentang kerjaya kewartawanan sebenar.
Untuk pengetahuan kawan-kawan semua tugasan ini merupakan sebahagian daripada syarat lulus bagi subjek ini.
Pada hari khamis 15 jan 09 kami telah membuat temu janji dengan ketua wartawan Sinar Harian cawangan kelantan Cik Raitini untuk meneruskan tugasan kami ini. Seawal 8.00 pagi lagi saya bertolak dari rumah ke pejabat Sinar almaklumlah tidak tahu jalan, jadi terpaksalah bertolak lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga dari makan “buah langsat free”…hehe, maksud saya sesat la. Walaupun, saya tidak sesat tapi lewat juga la saya sampai di
Selepas sesi sua kenal kami tengok wartawan (mentor kami) buat berita, bukan senang la nak buat berita ni silap-silap hari bulan kena marah dengan editor, jadi sebelum hantar kat editor kena lah cek betul-betul.
Selepas wartawan kami siap buat berita, kami keluar bersama-sama untuk cover berita. Wartawan kami ni baik tau orangnya siap belanja kami makan lagi, tapi yang terkilannya kami tak ingat nak ucap terima kasih kat dia, tak patut kami buat lupa macam itu. Walaubagaimana pun di sini kami nak ucap terima kasih banyak-banyaklah kat kak hazelin sebab belanja kami makan dan layan kami macam adik sendiri…maaf kak sebab tak ucap terima kasih hari tu..opss tak lupa juga terima kasih kami ucapkan
Insyaallah cerita ini akan disambung semula, maaf atas kesulitan…
4 comments:
bagus gi tempat tu,semua orang baik-baik blaka n peramah.
besnyee,nmpak mcm ade bakat untuk jd wartawan...he3
hehe.. wartawan buat berita dulu ea baru g cover berita?? x delah k.mini,, sj je... ada niat nk jd wartawan x after follow reporter? hmmm :-)
assalamu alaikum subhanallah terimksh sangat brmnfaat buat ana
Post a Comment